"bila hadir cinta yang satu...jangan ditanya siapa dia...tanya dia siapa kita....dan pulang kemana akhirnya... "
"Assalammualaikum warah matullah..." Tok ki berpaling ke kanan diikuti ke kiri. Karim, Leman dan aku yang menjadi makmum meniru perbuatan Tok ki. selepas sedikit wirid asar dan doa, Tok ki menghadap kami. di perhati kami seorang demi seorang. "hangpa nak tanya apa?"
"Tok ki, nak tanya sikit. kalau kita dah di makam muqarrabin, segala hajat segala apa yang kita nak Allah akan tunaikan, kan? kalau macam tue, saya nak mintak jadi kaya raya. boleh enjoy."
"nak hidup senang, nak syurga, nak bahagia tapi tak kenai yang duk bagi. sembahyang sungguh sungguh sebab nak mintak benda. sampai bila? apa? tak layakkah dia andai dia tak bagi hangpa semua tue?" halus suara Tok ki. matanya berkaca. Karim tercengang. Leman memain hujung rambutnya. aku tunduk terdiam
Tok ki merenung lantai sambil menghela lemah nafas. seketika Tok ki bangun dari duduknya terus menghala ke arah pintu surau. aku hanya mampu memerhati dengan ekor mata hingga kelibat Tok ki hilang dari pandangan. nie semua angkara mulut celupar si Karim. akibatnya ketiga tiga kami mendapat habuan.